Saturday, October 4, 2014

BERHENTI JUAL BELI EMAS. MULAKAN JUAL BELI MINYAK PETROL PASTI LEBIH UNTUNG


Emm Amran nak tanya ni , pasal minyak naik ni korang angap tu musibah ke ape ? Kalau korang rasa kenaikkan harga minyak tu 1 musibah ok lah Amran ada 1 benda nak bagi tahu korang . Kita sebagai umat Islam apabila didatangkan musibah kepada kita sebenarnya ada tersimpan hikmah didalam setiap musibah itu . Kita perlulah mencari hikmah itu dan dengan kita mencari hikmah yang tersimpan itulah ianya akan membuatkan hati kita lebih memahami erti syukur dan sentiasa bersangka baik terhadap Allah .

Okay dalam masaalah isu kenaikkan harga minyak ni Amran dapat melihat 1 hikmah yang berguna buat kita . Ianya amatlah menguntungkan kita sebenarnya . Sebenarnya mcm ni , sistem ini sememangnya sudah ramai yang tahu , tetapi dengan menggunakan minyak sebagai bahan asas masih belum ada sesiapa yang pernah mencuba .

Kita sendiri lihat sejak puluhan tahun yang lepas harga minyak negara kita semakin meningkat dan tiada penurunan yang berlaku . Justeru itu hari ini Amran ingin mencadangkan agar mula dari skarang semua rakyat Malaysia perlulah mula menyimpan minyak petrol ron 95 sebanyak mungkin . Anda bayangkan jika mulai hari ini anda menyimpan 1 liter 1 hari berterusan sehingga 10 tahun akan datang . dan kemungkinan 10 tahun akan datang harga minyak meningkat menjadi 10 ringgit 1 liter . Ketika itulah waktu paling sesuai untuk anda menjual minyak2 simpanan anda .

Konsep pelaburan ini sama seperti yang dilakukan oleh pelabur pelabur emas . Beli " Masa Murah Jual Masa Mahal ". Di Malaysia ketika ini Amran cuma nampak pelaburan yang melibatkan minyak ron 95 ini saja yang akan menguntungkan . Ini kerana harga minyak negara kita kekal naik dan tiada penurunan . Jika kita menyimpan emas sudah tentu kita rugi besar kerana harga emas sedang jatuh tersungkur pada waktu ini . Emm betul kata DS Najib , BN Menang Rakyat Senang . Kini kata katanya sudah terbukti benar , ada hikmah didalam kenaikkan harga minyak itu rupanya . Kita saja yang malas mencari hikmah tersebut . . Kalau Pembangkang memerintah sudah pasti harga minyak turun dan kerugian dalam pelaburan kita pasti akan berlaku ! Oleh itu ayuh kita teruskan menyokong Kerajaan Barisan Nasional . pemerintahan BN perlu berterusan ! Takbir !!!! Hidup Melayu !!!

No comments:

Post a Comment